Wednesday, 19 September 2012

PENAT


Aku tidak pandai untuk bertutur mesra
mungkin kasar atau mungkin marah
tapi itu perasaan
manusia ada perasaan
semua perasaan itu lain
kau marah aku suka
aku sedih kau ketawa
kau begitu dan aku begini

Tidak perlu kau air dan aku api
tidak perlu berlawanan untuk mencari satu keakraban
kalau kau menjadi air dan aku juga air bukan satu masalah
cuma kau perlu tahu menghargai semua benda sekeliling
bila hilang jangan menangis
bila ada jangan terlalu ketawa

Tolong jangan terbitkan drama
aku penat menonton