Wednesday 19 September 2012

BAHASA

Bahasa Malaysia,satu subjek yang sangat klise dan mungkin sahaja dipandang remeh oleh sesetengah pihak.
Berapa ramai dikalangan kita yang menggunakan penggunaan kosa kata atau tatabahasa yang betul bila berbual antara satu sama lain?
Mungkin 3/10 atau mungkin sahaja 1/10.
Kita terlalu mengejar dan terlalu taksub untuk bertutur dan memperbaiki bahasa inggeris tapi kita terlupa pada bahasa seharian kita sendiri sedangkan ramai orang asing yang berlumba untuk mempelajari bahasa malaysia.
Kita terlupa bagaimana untuk bertutur dengan baik dan kita abaikan cara untuk menyusun ayat dengan betul sedangkan orang asing lebih fasih bertutur bahasa malaysia.
Tidak perlu rasa bangga dengan bahasa asing sedangkan bahasa malaysia kita sendiri mundur ke belakang.
Kita bukanlah manusia yang bodoh tapi kita yang menampakkan sendiri kebodohan itu dan ia berlaku setiap hari tanpa kita sedar.
Hidup ini berlalu pantas tanpa kita sedar.

Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa bahasa inggeris itu sendiri adalah satu keperluan untuk setiap orang tetapi itu bukanlah bemaksud kita perlu menidakkan pada bahasa kebangsaan kita sendiri.
Mungkin bagi sesetengah pihak berfikiran mempelajari bahasa malaysia bukan satu keperluan dan ada yang beranggapan ia satu pekara yang tidak berfaedah.
Begitu juga dengan halnya yang masih berlagak sombong hinggakan satu keluarga tidak fasih berbahasa melayu dan yang lebih teruk tidak mahu mengaku melayu.

Banyak inisiatif yang telah dilakukan untuk memartabatkan bahasa malaysia dikalangan masyarakat di negara ini.
Ingin lihat hasilnya?
Lihat sahaja sekeliling dan kita tahu apa hasilnya.
Aku berbicara sebagai seorang pelajar yang mempelajari bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar di sebuah universiti.
Aku berbicara kerana aku telah sedar bahasa malaysia sebenarnya bukan mudah dan aku juga akui bukan mudah untuk kita mempraktikkan penggunaan ayat yang betul ketika bertutur tapi setidak tidaknya kita cuba untuk memperbaiki.
Lebih baik cuba untuk berubah dan belajar daripada nampak bodoh sepanjang hidup.
Jangan malu untuk bermula dari bawah

Aku cuba untuk membuat entri ini sebaik mungkin dengan menyusun ayat dengan betul.
Ini yang termampu sebab aku juga antara golongan manusia yang pernah memandang rendah pada bahasa malaysia.
Tapi aku masih belajar.
Sekian