Tuesday, 10 December 2013

JIWA RAGA

Si jiwa merindui si raga
Perlu di perhebohkah?
Cukup si jiwa dan si raga yang tahu

Perlukah dipersoalkan setia
Cukup bila ada yang kacak tidak diendah
Hati tetap ada si jiwa
Biar hodoh bodoh
Tetap paling sayang


Kebal

Cinta?
habis
hati?
hancur
rindu?
kosong

dulu hati separuh dia dan separuh aku

tapi semua sudah pada aku
simpanlah semua janji tak trtunai
tunai dengan orang lain
tak apa

Friday, 7 June 2013

Kamu

Kadang kala 
Untuk sesaat hati aku mati
Kadang kala
Untuk sesaat hati aku sepi
Kadang kala
Untuk sesaat kau pergi

Tapi selalunya aku tak mahu mati
Tapi selalunya aku tak mahu sepi
Tapi selalunya aku tak mahu kau pergi

Janji dengan aku jangan bawa ajal
Janji dengan aku jangan bawa sepi
Janji dengan aku jangan kau pergi

Mahu kamu ye mahu