Sunday 30 September 2012

LONTARAN IDEA

ahh manusia tak pernah cukup dengan duit
ahh manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada
ahh manusia tak pernah hargai benda depan mata

berduit 
kau lupa tempat kau pergi semasa dalam poket kau ada 3 ringgit
kau lupa taraf kehidupan kau sebelum ini
kau lupa siapa tolong kau bila kau makan secawan mee segera
kau lupa apa kau pakai bila duit kau lingkup
kau lupa apa yang bawa kau kemana sahaja semasa poket kau berhabuk 

orang selalu bilang
bila sudah senang jangan toleh kebelakang dan terus maju kehadapan
orang selalu bilang
jangan diingat benda yang sudah lepas tetapi fikir untuk masa depan
aku setuju

TETAPI
kau pernah fikir nanti di kemudian hari kau akan susah semula?
kau pernah fikir Tuhan selalu memerhati hambanya?
kau pernah ingat pepatah ukur baju dibadan sendiri?
kau pernah fikir duit tu akan habis?
kau pernah fikir kesenangan itu semua sekejap?

Ya
mungkin ada yang bilang
rezeki jangan ditolak bala jangan dicari
Ya
mungkin ada yang marah
duit aku jadi aku punya suka
Ya 
mungkin ada yang fikir 
aku pernah susah dahulu dan sekarang rezeki aku untuk rasa

Aku tak suruh yang kaya jadi miskin semula
aku cuma memerhati dan ini cuma pendapat
kau fikir aku sempurna?
aku tak pernah sempurna tapi aku cuba jadi sempurna di mataNya






No comments:

Post a Comment