orang tolak aku bangun tapi aku tidak melawan
biarkan sahaja
aku perempuan kecil tapi aku gembira
orang ejek orang maki tapi aku senyum
biarkan sahaja
aku perempuan kecil tapi aku kebal
orang tuduh orang campak dengan kata kata hina
biarkan sahaja
aku bukan sudah cukup dewasa untuk berlagak
aku tidak cukup matang untuk melawan
tapi aku biarkan sahaja
satu hari nanti semuanya akan berulang
bukan pada aku
tetapi pada mereka
No comments:
Post a Comment