Wednesday 26 September 2012

PERSOALAN

Kalau kau tanya aku sama ada aku bersedia untuk mati?
Maaf aku tiada jawapan kerana sama ada akutelah bersedia atau tidak
sebab Tuhan akan ambil nyawa aku bila bila masa sahaja.

Kalau kau tanya aku sama ada aku bersedia untuk kehilangan cinta atau tidak?
Maaf aku juga tiada jawapan untuk soalan ini
sebab Tuhan juga telah tetapkan jodoh aku cuma aku boleh berdoa supaya jodoh aku adalah dia.

Kalau kau tanya aku sama ada aku bersedia untuk kehilangan keluargaku?
Maaf aku masih tiada jawapan untuk soalan begini
sebab aku tahu semua orang akan mati dan aku cuma boleh berdoa agar dipanjangkan umur mereka.

Kenapa aku bercakap soal ini?
Kenapa aku bertanyakan semua ini pada diri aku sendiri?

Jawapannya sungguh bosan untuk dibaca,
jawapannya sangat klise untuk ditaip
kerana aku belum bersedia untuk semua yang diatas
dan aku akan terus sujud dan berdoa agar segalanya tak diambil olehNya sekarang
aku mahu semuanya sampai aku mati
cuma yang aku pasti,kita semua akan mati
ya,mati.

Allahuakbar 
Allahuakbar 
Allahuakbar


No comments:

Post a Comment